Jadi, bagaimana cara seorang muslimah nak mengenali bakal suaminya?
Dalam Islam, ada konsep merisik. Maksud
merisik di sini, kamu minta wali kamu samada abang, ayah atau datuk,
tanya kawan-kawan atau jirannya tentang dia. Jadi, dia tiada peluang
untuk menipu. Kamu juga boleh stalk facebook dia untuk tengok
cara dia bercakap dan melayan perempuan lain di facebook. Akan tetapi,
kita hanya mampu berhukum apa yang luaran, kerana Allah lebih tahu
maksud dalaman seseorang. Maka, benda luaran yang boleh kita nilai
sebagai kayu ukur, yang paling penting sekali ialah cara dia tawarkan
cinta. Kalau caranya itu tidak meletakkan Allah nombor satu, bermakna
dia hanya persembahkan cinta yang rapuh dan sementara. Cinta tersebut
tidak akan memberi kebahagiaan.
Cinta itu boleh lenyap bersama lenyapnya kerana sebab sementara (kecantikan Duniawi) itu boleh
lenyap. Bercintalah hanya kerana akhlak dan agamanya dan yang paling
penting kerana Allah.
Masalah keruntuhan rumahtangga sebenarnya boleh dielak mulai
sekarang. Kalau kita bercinta sebelum nikah, syaitan akan jadikannya
sebagai modal penting untuk rosakkan alam rumahtangga kita. Contohnya,
jika kita berkahwin dengan orang yang kita couple, kita akan dapat azab
curiga. Kita akan rasa sangsi dengan kesetiaan suami kita. Kerana
sebelum berkahwin pun dia sudah berani mengorat anak dara orang (iaitu
anda). Sebelum bernikah pun dia sudah berani membuka jalan-jalan menuju
zina, apatah lagi selepas berkahwin.
Dan kalau kita bernikah dengan orang yang bukan kekasih kita dulu, akan ada sifat membanding-bandingkan
yang mana lebih bagus. Bila ada kenangan lampau, susah untuk kita
melupakannya. Itulah bahana ber'couple' sebelum nikah walaupun kita
masih boleh berusaha untuk melupakannya. Sedangkan tidak adil kita
membandingkan seorang suami dengan seorang kekasih. Sebab masa berkasih,
yang kita cari hanya keindahan dan keseronokan. Setelah berkahwin, kita
kenal kelemahan dan kebaikannya. Jadi, kita mesti cuba bantu untuk
tingkatkan potensi dia. Bersedia untuk terima dia seadanya dan hidup
susah senang bersama.
itulan pandangan dari http://penpatah.blogspot.com.. saya cuma copy pasta untuk perhatian bersama

No comments:
Post a Comment
Thank YOu