- El Fye
- Lahad Datu, Sabah, Malaysia
- nothing much to say just read if like, leave it if not like... do as ur want... like it gonna change ur mind
Saturday, 28 December 2013
Doa
Thursday, 5 December 2013
Tangisan hati yang lara
Apabila kita mahu menangis, keluarlah tangisan itu sepuas-puasnya untuk satu jangka masa yang telah ditetapkan. Mengapa harus menafi kan hak untuk menitiskan air mata?
Menitiskan air mata bukan melambangkan kelemahan sebaliknya menggambarkan bahawa kita telah terlalu lama bertahan dengan ujian yang melanda dan itulah waktu yang tepat untuk meraikan ketabahan. Menitiskan air mata dalam doa adalah lebih indah nikmatnya, kerana kita berkongsi rasa dengan ALLAH S.W.T. Tiada hijab yang boleh mengekang doa kita dengan-NYA. ALLAH S.W.T pasti mengerti, kerana DIAlah yang mencipta kita.
Setelah sampai tempoh, berhentilah menangis dan kembalilah tersenyum. Tunjukkan kepada dunia, selepas mendung berlalu kita masih mampu berdiri seperti pelangi dan tidak sekali-kali mengaku lemah!